Thursday 2 July 2015

WARKAH BUAT ISTERI...AlFatihah.


Assalammualikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Nobody can love u like I do, my Dear wife.

Meh sini U guys, saya nak citer sejarah buku 'Warkah Buat Isteri" saya tu. Catatan khas buat Isteri saya, catatan Suami yg mengaharapkan Isterinya pulih. Catatan yg nak saya buktikan bahawa saya tidak akan putus asa untuk mendapatkan Gee balik..

"En. Abil, puan Fauziah mengalami kerosakkan saraf otaknya. Kami tidak dapat berbuat apa2 untuk memulihkan pn Fauziah kembali. Kemungkinan besar dia akan kekal sebegini sampai bila bila..kami minta maaf en. Abil.." Tu la keputusan laporan pihak hospital setelah 5 hari Gee di ICU. 
" Hanya 1 dalam sejuta peluang pn Gee akan pulih. Dan kiranya dia pulih, dia tidak akan ingat apa2 dan dia akan menjadi seperti org yg baru nak belajar semuanya semula." Terang pegawai perubatan lagi.

Tak perlu la saya nk citer betapa luluh n hancurnya hati bila dengar laporan gitu. Masa tu saya rasa sgt2 gagal menjadi Suami. Rasa cm saya lah Suami paling tak guna dlm Malaysia ni.!

Selepas 2 bulan di hospital, saya bawa Gee balik ke Seremban. Dan sentiasa saya teringatkan kata2 doctor tu.."kiranya dia sedar, dia takkan ingat apa2.".." Apa yg harus saya buat? Ya ALLAH tolong lah kami." mohon saya ada TUHAN. Hampir setahun datang kawan saya dan adik beradik saya sarankan supaya buat Blog dan FB. 
"Kau buat la cm diari untuk Gee. Klau dia sedar boleh la dia baca n recall semula, untuk mengingatkan Gee apa yg dah berlaku." Saranan kawan n adik beradik saya.

Mula dari hari tu saya pun mula la menaip, menaip cm patuk ayam..sampai sekarang pun gitu gak!! (patuk ayam aku menaip ni.!) Terus terang saya katakan apa yg saya taip tu HANYA lah untuk Gee dan apa yg di taip tu lahir dari hati saya. Tidak pernah saya rancang apa nak citer. Apa kata hati, tu la saya taip.Semua tu HANYA UNTUK GEE, Isteri kesayangan saya. Tiap kali menaip, tiap kali tu la harapan saya mengunung agar Gee pulih dan dapat membaca apa yg Suami ni taipkan untuk dia. Dan taipan di blog n FB ni selalu di sulam dengan rasa KASIH saya, Kasih dari seorang SUAMI untuk ISTERI. 

ALLAH lebih kasihkan Gee rupanya. 22 april 2013, ALLAH menjemput Gee "pulang". Pada tarikh itu lah ALLAH pulihkan Gee semula..pulih di pangkuanNYA. Dalam keredhaan saya terima, dalam kesedihan saya mohon agar ALLAH menjaga Gee di "sana". InsyaALLAH. 

"Abg Abil, kak Gee tak sempat nak baca. Apa kata kita bagi org ramai yg baca catatan Abg Abil tu." saran adik saya..." Eh, kan Abg buat tu untuk Kak Gee jea. Tak mau la." jawapan saya tika tu..Tapi adik saya dok pujuk punya pujuk tiap2 masa sampaikan Mak saya pun pujuk..macam2 point dia org cakap..akhirnya saya kata..

" Moga Gee mendapat kebaikkan dan moga Gee sentiasa dan sentiasa di ingati dek semua org..semoga AL FATIHAH untuk Gee tak putus tiap hari.."...Setelah hampir setahun maka terbit la catatan saya untuk Gee tu,..WARKAH BUAT ISTERI.

Dan WARKAH BUAT ISTERI akan terhenti satu hari nanti..One fine day, ALLAH akan menjemput saya, dan moga ALLAH "pulangkan" Gee pada saya..InsyaALLAH. aminn.

-U guys call/wsaap talian 017939 5172, boleh dapatkan buku "Warkah Buat Isteri" tu....InsyaALLAH.


Followers