Saturday 7 March 2015

Ego n Malu


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..penghibur hati hamba..

"DIM, suami I ni ego sgt la. cmana nak buat tu.? Tak romentik" soalan semasa sessi ceramah saya baru2 ni...

"Berapa lama kawen dah puan ni?" tanya saya penceramah yg Hen..sem hahaha hehehe hohoho (Sapa kata tak hensem tu??sapa, sapa??!!)
"Dah masuk 8 tahun." katanya.

"8tahun!!! dan kamu masih tak mengenali Suami sendiri!!! Aku bantai kau ngan kayu nanti!."..Gurau garang saya. " Ada hati nakkan romentik2 dari Suami tu konon..cehhhhh"

Dengar baik2 para Isteri sekelian..Ego lelaki ni sebenarnya adalah 1 sifat yg wujud untuk menutup rasa MALUnya pada seorg Isteri. Faham..? coz sebenarnya para Suami ni adakalanya dia sgt2 MALU pada Isterinya sendiri...tapi kat pompuan lain okkk jeaa..hahahaha..Gini contoh.

"Abg, dah 10 tahun kita kawen, anak2 pun dah ada 18 org! (contoh,contoh)..Abg masih syg tak kat saya ni walaupun berat badan saya dah hampir 2 tan gini!!" (sambil possing2 depan lakinya tu)..contoh soalan pada sang Suami.

Kebiasaannya seorg Suami tu jawab.." Hiss awak ni takde soalan lain ke. g buat teh o saya lagi bagus." atau " Eh dah 100 kali awak tanya! aduhh." atau "Nak muntah rasanya dgr soalan awak ni." atau  " Aaapa tanya ni (ngan muka serius." atau..."........" sunyi sepi tiada jawapan hanya suami tu pandang isteri atas bawah jea then terus berlalu g jamban!..hahahaha

Bukan ego sebenarnyaa suami tu..MALUUU, bukan menyampah atau tidak suka soalan tu..hanya kami para Suami ni Pemalu ngan Isteri tang bab jiwang2 ni. Lelaki nak cakap jiwang2 ni depan Isteri dia memang Malu tetapi depan kawan2nya seorg Suami suka memuji Isterinya tu..Percaya la. 

Namun kadang2 yg pompuan ni pun ada SEWELnya..Bila masa Suami pulak yg menjawab " Sayanggg.." yg Isteri ni "Betul ke? cm tak caya jea." atau "Alaa abg saja nak ambil hati saya jea kan!" atau.. "Emm bunyi cm tipu jea." atau "Yeaa laa tuuu." atau " Betul ke, bukan main2, syg rasa cm ada org lain jea abg syg!!" atau "Alaa abg jawab sayang coz hari ni mlm JUmaat kannn!!..aduhhhh pening gak pompuan ni. jawab salah tak jawab salah..

Kata2 Isteri yg gitu yg buat Suami suami ni malas nak jawab lagi, tu yg Ego tu dtg semula. Apa salahnya lepas Suami jawab "sayanggg" tu Isteri terus peluk suami atau kiss pipinya n say "Thank Youu" ..then terus buatkan air ke kueh ke atau makanan kegemaran Suami tu tanda Terima kasih menjawab..kan elok!

Para Suami yg saya hormati, kita pun kena la faham gak, Fitrah Isteri ngan kita ni memang gitu..so kita ke tepikan la "Ego" kita tu ngan Isteri sendiri. Sesekali tu jiwang2 la ngan Isteri. Kerana jiwang2 Suami ni adalah 'PENGUAT HATI/SEMANGAT' isteri kita..InsyaALLAH.

Esok2 saya akan citer pulak apa jawapan saya bila arwah Gee Isteri kesayangan tanya syg ke tidak kat saya...bersambung esok esok.. 

7 comments:

  1. ooo baru tau. ok. tq

    ReplyDelete
  2. patut la laki malas nak layan soalan bini ek :p

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum DIM..adakalanya suami lebih suka menunjukkan rasa kasih sayangnya melalui tindakan..kurang pada lisan..

    ReplyDelete
  4. erm bile difikir2 mmg ade btlnye..sy pun suke tanye soklan mcm tu...lg2 lpas bersalin ni...dok tnye dah kurus x..gemuk lagi x..suami rilex je..paling tak pun jwb..."ye...bie prasan"...erkkkk...eheheh

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum enabil... saya nor dari ipoh. dah lama tak ikuti blog ini.. hari ni saya datang sini... banyak entri yang saya baca. membaca catatan en abil.. saya pun rasa rindu pada arwah suami yang dah dua tahun pergi tapi rasa macam semalam je dia pergi. mmg banyak dugaan nak meneruskan kehidupan. semalam baru je mimpikan dia... alhamdulillah. hari ni rasa sayu sangat.. tambahan pula baca catatan en abil.... en abil diberi kelebihan untuk menulis dan bercerita.. tapi mgkin ini bukan kelebihan saya.. sbb nak start bercerita atau menulis mengenai arwah, air mata ni mudah mengalir. saya simpan aje kerinduan itu seorang. hanya mengadu pada Allah. redha sebab Allah merancang yang terbaik buat saya. en abil.. teruskan menulis.. saya suka ikuti penulisan en abil... membuatkan saya terkenang saat manis dengan arwah. kami sangat rapat... mungkin sbb faktor tiada rezeki dapat anak.. membuatkan kami sangat akrab... sentiasa menghabiskan masa bersama. ssat cuti sekolah paling best.. mesti jalan2 pusing malaysia...dan hanya berdua sambil menziarahi saudara mara yang jauh. bila tengok orang berkeluarga.. mmg rasa serba sedih.. redha dan tawakal kepada Allah...

    ReplyDelete
  6. Baru pertama kali singgah disini..pertama kali juga saya tengok en abil ni di tv dulu pasal kisah arwah isteri..betul la apa yang dikongsikan tu, semuanya lumrah hidup dalam berumahtangga kan?

    ReplyDelete

Followers