Thursday 30 January 2014

Kucing.



Assalamualaikum U guys..
Assalammualika My dearest late wife...ello Dearr...

I lupa nak citer pasal kucing sekor ni. Gini cito eh,,Kucing ni asal usulnya I tak tau, datang dari mana pun I tak tau. Sebelum ni pun tak pernah tengok. Kucing ni muncul dari hidup I  selepas baru baru arwah Gee meninggal dulu. Datang kat I terus jadi manja. Kadang2 bila I bercakap ngan dia, faham pulak kucing ni!! pelik, tapi benar.

I langsung tak boleh nak marah dia, pandai merajuk la pulak, cm org jadinya. Dan bila dia berjalan ngan I, dia suka berjalan di antara kedua kaki I, celah kangkang la kata org tua..(oooo,,I muda n bergetah lagiiii..).U guys tau apa nama dia ni?? I panggil namanya.....KUCING..hahahahaha. ehhh, dia sukaaa..

Dan bila ada kucing lain yg nak datang kat I, dia marah!! Amboi!! jeles gak kucing I ni. Maklum laaa kucing betina...hahahahahahahaha


Tu lepas kena tegur sikit, buat buat tido konon!! Bila dia lapar dia bising la meow meow, I lambat bagi makan, I kata ngan dia "Jap lagi la makan,  aku nak mandi dulu." Kucing ni terus merajuk!! hahahahahaha


Tengok tu, kalau I yg bagi makan, kucing lain jgn sentuh makanan dia, marah dia nanti..bila dia dah kenyang baru la yg lain boleh sambung makan..Yg dok tengok dia makan tu, jantan simpan dia!! hahaha hehehe hohoho...emmm kucing,,kucing..Kuat merajuk kucing ni cm arwah Gee gak...

Tuesday 28 January 2014

28 Jan 1969.

Assalammualaikum U guys..
Assalammualika Ya Fauziah arwah Isteri kesayangan saya...


Dear, Today is MY BIRTHDAY !!!!.. U guys, Doakan lah kebaikkan saya di dunia dan Akhirat yeaa..


                                 Tahun ni potong kek jea lerr..Gee tak de!

Thursday 23 January 2014

Berbicara Bersama Abil Fikri.

Assalamualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah.."Dear, saya nak buat Talk."


Program Berbicara Bersama Abil Fikri Ahmad

Bertempat di  -  Wisma Sejarah (tingkat 1),Jalan Tun Razak,Titiwangsa. Kuala Lumpur.
                          ( Bersebelahan Perpustakaan Negara )

Tarikh            -  22 Febuary 2014
Jam                -  9 pagi - 1 tengahari.
Pendaftaran    -  Rm70.

Untuk Pendaftaran U guys boleh menghubungi  Pn Yatie 012-3191695 dan Cik Noraida 017-9395172.

Sokongan u guys sangat sangat kami hargai.
Sekian, Terima Kasih......I love u guys too.

Wednesday 22 January 2014

Ok tak Dear?

 Assalammualaikum U guys...part of me

Assalamualaika Ya Fauziah Siti Esah....my Dearest late wife.



"Dear, awak suka tak Warkah untuk awak ni Dear."

Monday 20 January 2014

Nak jadi papa kedana!!?

Assalamualaikum U guys.
Assalammualaika Ya Fauziah bt Siti Esah..my late Dearest wife.


"Namun membiarkan ingatanku luput dari mengenangmu, itu sama sekali takkan ku lakukan."(senikata lagu) yang selalu I nyanyikan buat arwah Gee dulu tiap kali Gee merajuk atau kelihatan lesu letih. Kalau I nak buat Gee nangis dulu, I akan pegang tangan atau peluk dia dan nyanyikan rangkap lagu tadi, sure bergenang airmatanya..Pas tu I akan usik n kata " Tak malu dah tua2 pun nak nangis!". hahahaha

Suka sgt I menyakat arwah Gee ni dulu. Kenangan terindah yg selalu membuatkan semangat I rasa bertambah kukuh. Balik Terengganu baru2 ni bersama keluarga I menghadiri majlis kawen anak buah arwah. Memang ramai tetamu terutama saudara mara Gee yg menunggu I. Katanya nak tgk DIM secara live!! hahahaha "Nak tgk pengantin ke nak tengok kau?" Tanya mak I. Luangkan masa I bersama tetamu, siap I kena baca doa untuk pengantin lagi!..macam2 soalan dan pendapat yg dia org minta. " Ni majlis kenduri bukan tempat tanya pendapat." kata I. Itu pun dia org boleh gelak..hahahaha

Kat batu buruk main layang2 ngan family I

Itu la kerja dan tanggunjawab yg ALLAH beri untuk kita lunaskan. Cara melaksanakan tugas gitu Rasullulah s.a.w. dah ajarkan dan kerana Gee tu isteri kesayangan saya..gitu la jawapan yg I berikan pada soalan yg bertanya. Berpegang pada 3 perkara ni, InsyAllah, dalam kesulitan tu Allah sertakan kemudahan dan kelapangan hati. Yakin, redha dan berlajar untuk lebih tabah, jangan mengeluh, InsyAllah Tuhan akan tunjukkan hikmah lebih jelas dari UjianNYA itu..Dan AL Quran jangan kita tinggalkan, baca tiap tiap hari!!..InsyALLAH.

Perkara itu juga I selalu ingat arwah Gee dulu. "Dear, kita ni kalau ada kesulitan ke, susah ke, jangan mengeluh tau, selalu ingatkan ALLAH, bayangkan kita ni di pangkuan ALLAH. Minta pada Tuhan, minta lah apa yg awak hajati." Gee ni salah satu perangai taat dia, dia kan khusyuk mendengar bila I memberitau perkara2 yg penting, dalam diam dia akan buat apa yg I nasihat tu. Contohnya, I ada nasihatkan Gee, "Dear, kita ni kalau terjaga waktu malam, eloknya kita solat sunat taubat atau tahajud, Tuhan cukup CINTA perbuatan gitu." Dalam diam diam arwah ni akan buat, sebab satu malam tu, I terjaga n perasan Gee tgh solat sunat. Keesokkan pagi tu dia tak cakap pun kat I. Ikhlasnya Gee ni beramal.! Semenjak hari tu, tiap malam sebelum I tido ataupun sebelum "projek mega" terlaksana hehehe..I akan bermohon pada Tuhan agar senantiasa mengampuni Gee dan jangan lah Tuhan dan Malaikat memarahi Gee, sayangi la Gee sentiasa. Terutamanya kalau siang hari tu kadang2 I n Gee ni ada juga perselisihan faham/bergaduh ke..Dan kita ni pulak kena selalu buat cm tu, maafkan pasangan kita tiap2 malam sebelum tidur tau..! Kalau u guys nak rasa rezeki ALLAH janjikan pada tiap2 pasangan yg berkahwin lebih cepat, buat lah amalan gitu. Tu Antara kaedah2NYA..Jangan bawa tidur perasan yg tidak puas hati, perasan marah bersama. Rezeki pasangan tu akan tersekat, boleh membawa kepada kepapaan!! nak jadi papa kedana!??..Nak!?

Yang bujang ke atau yg dah bujang kembali ke pun sama. Buat amalan ni!! I taknak dengar atau baca komen ngatakan payah la, susah la nak buat..! Buat, jangan complain jea!!!( nak beramal complain, kerja compalin, sehat complain, sakit complain!! Complainnn jea kerja

kau!! ).. latih diri tu!! Nak rasa keberkatan  rezeki ALLAH cepat, ni la salah satu kaedahNYA..InsyAllah, rezeki kita bertambah berkat/bertambah cepat..tak lah nanti asyik makan Kangkung jea!! hehehehehe...cm biasa dengar jea, cm biasa makan jea..harga barang naik kangkung jadi mangsa ehh..!!..

Muak makan kangkung..jagung la pulak. Nak jagung!!? ( yg bepurdah tu kakak I )

InsyAllah, ada masa I buat sharing lagi..U guys klau rasa sesuai dgn kaedah tu, buat la..sekiranya tidak, I ucapkan terima kasih coz sudi meluangkan masa kat blog I n Gee yang tak seberapa ni..InsyALLAH..Sehingga berjumpa lagi....EHH, lupa..nanti I nak buat Talk kat Wisma Sejarah, (22 feb.) alaaa sebelah Perpustakaan Negara tuu, ..update later yea..see u..






Tuesday 14 January 2014

Pin pon pen ponnnn..

Assalammualaikum U guys...  SALAM MAULIDUR RASUL 



Mak saya " Ko dah pikir pasal kawen ko bolom? ponek den tanyo..muakk dah.

Abil " Tunggu jualan buku sampai target yeeee ibunda ku sayang pin pon pen ponnnn.."


Friday 10 January 2014

Mohon doa dan sokongan..

Assalammualaikum U guys.. Mohon doakan kebaikkan buat saya yea U guys..

Assalammualaika Ya Fauziah bt siti Esah..Sekiranya ada keizinan dari ALLAH, awak doakan kebaikkan dalam usaha saya yea Dear..InsyAllah.



Tqq sekali lagi Segmen SIS Tv9. Memang berharap sangat dapat sokongan dari mana mana pihak media buat masa sekarang ni, secara tidak langsung dapat la mempromosikan hasil Buku Warkah Buat Isteri kesayangan I tu. Dalam usaha I sekarang ni, kena juga memohon bantuan/sokongan dari pihak media ni dan dari pihak pembaca pembaca semua. I ni bukan la famous mana pun, tu yg kena buat sendiri marketing n pertolongan dari banyak pihak...ciann I..

Tengah ambil break jap. Buat jadual  Talk I, InsyAllah pada 22 Feb nanti di Wisma Sejarah ( berdepan dengan Institut Jantung Negara (IJN), jln Tun Razak, KL tu) Talk terbuka pada semua n u guys too. Nanti I update yea. Dlm masa yg sama, I nak buat Roadshow Buku Warkah Buat Isteri ni, bermula dari Utara melalui Pasaraya TESCO,( I sendiri yg akan menjual..) Dlm proses mendapatkan tapak di sana. InsyAllah.

Dan Petang Semalam I g ke rumah adik I di Ampang, berjumpa dengan anak buah perempuan baru I..Alhamdulillah. Ni akan jadi kesayangan I, InsyAllah...Nak tanya U guys, pandai tak baca doa menyambut kelahiran anak/anak buah ?? Tau? Pandai?..Cuba baca sikit, I nak belajar.



Wednesday 8 January 2014

DIM n Tv9..


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah Isteri kesayangan saya..


Baru sebentar tadi selesai rakaman bersama Tv9 dalam segmen SIS..Segmen  kata penerbitnya akan ke udara pada 21 feb. 2014 nanti jam 7 malam.

Tengah otograf buku Warkah Buat Isteri..Hari hari kena sign!!

 Cm biasa ler, tengah di temuramah...pasal LOVE.....n I still LOVE my late Dear wife. Dan ada sedikit pesanan buat u guys semua..
Pic bersama Mom I n adik adik pompuan, Mak tengah tanya pasal Penganti I..aduhhh.."Nanti Abil fikirkan yea mak. Pas selesai kerja jual buku tu, Abil fikir."..

U guys yg dok pekenan ngan DIM ni, boleh hantar borang penamaan dah!!...hahaha hehehe hohoho...

Tuesday 7 January 2014

Tanggungjawab vs Peraturan..

Assalammualaikum U guys

Minggu depan kita sambut Maulud Nabi s.a.w. Seronok oo!! Selawat jangan lupa, 100x sehari tau.! Dahulukan sambutan Nabi s.a.w. kita ni, yg majlis kita selepas tu..Jangan Lupa!! Utamakan Kekasih ALLAH, ALLAH akan utamakan kita..InsyAllah.

Baru baru ni ada yg bertanyakan pendapat.."En. Abil apa pandangan u kalau saya nak tambah isteri?, saya ni bla bla bla..." Jawab saya "Boleh, takde masalahnya. Hanya nak bertanya..Cuba tuan susunkan 5 nama isteri2 Nabi s.a.w."..."err,err,err" jawabnya ( tu baru 5 jea nama, emm)..I pun kata " Nak kawen ni kita ikut sunnah betul2, pastikan silaturrahim yg pertama dan yg kedua baik. Dan jangan la kawen sorok2!, Kalau boleh, teruskan la, InsyAllah." ..Kebenaran ALLAH dah beri, kita pulak gunakan la KebenaranNYA ikut peraturanNYA dan ikut la Sunnah Rasulullah s.a.w.. Baru la "mampu" namanya selain dari segi financial yg cukup. Persoalannya, Mampu ke bang!!??

Pada I la, memang I galakkan para suami atau bakal2 suami ni belajar mengenali ke semua isteri2 Nabi kita. Bukan bermaksud untuk tambah bini! Bukann...bila kita mengenali isteri2 Nabi s.a.w. tentu kita akan bertambah sayangkan isteri kita yg ada tu. Suami akan lebih mengenali sifat2 isterinya yg satu tu dan suami akan lebih bertanggunjawab terhadap isterinya..INGAT tuan tuan (suami ), dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki isteri, adalah TANGGUNGJAWAB kita para suami. Kasih kita pada isteri tanggungjawab kita kekal/tambahkan tiap hari, kesihatan isteri, penat lelah isteri, kesusahan isteri, kenyang perut isteri, PERHIASAN isteri!! (sukaa pompuan part ni kan! ), semua tu adalah di bawah tanggungjawab suami..! Jangan nak ambil mudah tanggungjawab yg ALLAH dah bagi tu. INGAT!! kerja tu ALLAH bagi. bukan mahkluk asing dari planet Pluto yg bagi!! Main2kan tanggungjawab ALLAH, pasti ALLAH akan "main2" kita..Dengan isteri kita ni, kena banyakkan sabar. Terutama pabila melayan kehendak dan bebelan isteri isteri kita tu..Atas sebab tanggungjawab dan kesabaran ini lah, Tuhan menaikkan darjat dan amalan kita bila dah berkawen..Darjat amalan yg lebih tinggi dari org2 bujang!..

Yang si Isteri pulak, 4 perkara mesti di pahat. Taat pada TUHAN, Solatnya (fardu ain), Kehormatannya dan TAAT pada suami. Yg ke 4 tu la ujian Isteri kebiasaanya, dan di situ la kebiasaannya sang isteri GAGAL..! 

Suami minta buat air minuman, Isteri kata "Tunggu jap", "alaa abg buat la sendiri." ..Gagal!.. Suami nak g kerja, baju suami tak tersedia lagi, tapi baju isteri dah siap cantik!..Gagal.! Bila g kenduri kawen, tuu diaa, isteri bersolek cantik nak tunjuk kat org, pakai gelang sampai ke bahu!!..Gagal!..Pakai wangi wangian nk g kerja tanpa izin suami..Gagal.! Suami tak bagi keluar atau tak beri kebenaran buat sesuatu, Isteri buat gak dan terlalu banyak menyoal dan bantah..Gagal..Malam Jumaat suami dah "Ready"..Isteri tido berdengkur sambil pakai baju tido yg paling selekeh di dunia!!!..GAGALLL!!!!!..Itu la contoh2 yg ada dalam kegagalan isteri mentaati suami..Jangan kita gagal dalam peraturan yg ke 4 tu, Peraturan yg di gariskan oleh ALLAH sendiri..Di ANTARA akibatnya..tuu, soalan yang di perenggan kedua tadi..yg tanya pendapat I tadi..

Tanggungjawab dan Peraturan suami isteri ni mudah jea sebenarnya. Mudah kalau di praktikkan. Sayangnya masih juga tak nak perbaiki. Susah ke nak sayang kasihkan Isteri?? Susah ke nak taat pada suami yg baik?? Atleast, jadi la contoh yg baik untuk anak2..Pegang pada Tanggunjawab, Taat pada peraturan Tuhan tadi maka berbahagia la hidup..OOOOO lagi satu..Tolongggg la, takyah nak bercekak pinggang!! Mahal rezeki u guys nanti, susah nak settlekan apa2 masalah jadinya..Ingat jgn cekak2 pinggang lagi (malas I tgk!) melainkan dalam Peperangan jea di bolehkan..! I dah cakap sebelum ni kan,,tapi masih buat!! aduhhhhh...

Panjang dah entry ni..cukup dulu sampai di sini..DIM nak sambung otograf buku ni..U guys dah order ke???
Bagi penduduk di Shah Alam boleh dapatkan di kedai buku tingkat 1 di PKNS tu yea..ok byeee...bye sayang DIM semua..byeee...



Wednesday 1 January 2014

"Warkah Buat Isteri".

Assalammualaikum U guyss..
Selamat Tahun Baru 2014....


Memandangkan ada yg complain untuk mendapatkan buku Warkah Buat Isteri secara online kadang kala ada permasaalah teknikal, I akan beri cara yg mudah sikit untuk u guys order ( untuk pembaca blog/fb sahaja tau! ) ...Gini..

1. Bank in bayaran (rm25 semenanjung. rm28 Sabah Serawak) di no. ac.
    564351506783 (Maybank Berhad)  Bluetune Asia Sdn Bhd.

2. Lepas tu U guys, kena wsaap I pic. resit pembayaran, nama penuh, alamat penghantaran dan no.fon u guys.  016 2634258 ini no fon I.

 Tu jea, 2 langkah mudah untuk u guys...Lepas I terima wsaap u guys, I akan fowardkan pada company untuk urusan penghantaran melalui poslaju.

Pada yg telah mendapatkan buku I n Gee tu, Terima kasih byk2 yea..terima kasih atas sokongan u guys, tq tq tq..
 Buku ini terhasil atas sebab tajuk di bawah...

Followers